Saturday, September 12, 2009

madah cinta

cinta umpama mengukir sejarah dalam sebuah kehidupan....
indah cinta kerana pengukirnya........sejarahnya akan tertulis
tentang kebahgiaan dan sekiranya kepahitan yang ditempa
sejarah pahit juga akan terukir

Sayang ukirlah cinta dengan tinta emas supaya sejarah
menjadi indah untuk dikenang........andai ditulis dengan tinta
airmata.....pedihnya terasa tiap kali lembaran sejarah dibuka.......

sepaku.net
28.6.2009

kita II

buat lelaki dan wanita
bijaknya ALLAH mencipta manusia
ada akal dan hati naluri
cantiknya diri dihias dengan iman
indahnya jiwa dikalung dengan taqwa

kekal jodoh jika dijalin seperti malam dan siang
akrab ikatan jika megalir seperti sungai ke lautan
benilainya cinta bak intan dijari

semua boleh menjadi permata digunung
semua boleh menjadi mutiara di lautan
semua boleh menjadi emas diperut bumi
manusia boleh berubah
kalau sedar...pilih jalan
yang indah
yang baik
yang cantik
yang mulia
jalan bahagia.

sepaku.net
4.7.2009

suka, sayang dan cinta III

suka, sayang dan cinta
hanya bayang2 yang boleh hilang dengan hanya malap cahaya keiklasan
tiada yang abadi hanya mainan perasaan semata,
semakin kuat ia melekat semakin sakit untuk ia tanggal

untuk yang disukai
bermanja selagi mahu sebelum berubah sayang
buat yang tersayang dakap seeratnya sebelum menjadi cinta
buat yang tercinta segalanya milikmu sebelum menjadi bosan

biarlah kitaran hidup ini berulang didalam kepongpong yang sama
dari beluncas menjadi kupu2 indah....begitu juga kitaran cinta.... tidak kekal lama
kembali menyukai menyayangi dan mencintai.................saya ngku kau yang satu.

sepaku.net
28.6.2009

suka, sayang dan cinta II

suka sayang dan cinta
suka...pasti akan cuba dimiliki
sayang....akan diberikan kepada orang yang lebih memerlukan
cinta.....bukan mesti ada orang yang menerimanya

sepaku.net
4.7.2009

suka, sayang dan cinta

semalam kau adalah sesiapa disini
semalam kau orang asing disini
semalam kau tidak pernah dikenali disini
semalam kau bukan pendusta disini
semalam kau tiada harapan disini
semalam kau tiada impian disini
semalam tiada taufan disini
tenang
sepi

hari ini kau adalah seseorang disini
hari ini kau terpaut disini
hari ini kau dikenali disini
hari ini kau mencari kebenaran disini
hari ini kau menabur harapan disini
hari ini kau ada seribu impian disini
hari ini kau ada taufan disini
ada badai
gelora

untuk esok yang lebih baik kau mesti hadapi semalam dengan tenang dan hari ini dengan tabah, jangan lari dari kenyataan kerana esok adalah khayalan.

sepaku.net
5.7.2009

Destinasi Cinta

Cinta
Cinta indah~
Indah bersemi nikmatnya~
Nikmat anugerah yang telus~
Telus meyirami pohon kasih asmara~
Asmara cinta indah nikmat kekal selamanya.

sepaku.net
12.8.2009

Senyuman Cintamu III

cintamu........
....cintamu....
........cintamu
mana cintaku

sepaku.net
29.8.2009

Senyuman Cintamu II

andai badai yang menghempas pasir bisa mengubah pantai
andai gelombang membelah lautan bisa mengaramkan sebuah kapal
andai taufan yang bertiup bisa menumbangkan pepohon
adakah gelora dijiwa bisa memusnahkan hidup ini?

bila pepohon kelapa melambai dipantai
tika bulan megambang dengan samar cahaya meyimbah
lautan riak berombak dengan nyayian syahdu
bertapa indahnya kau dan aku mengecap mimpi semalam
bila gelora jiwa panas oleh belaian asmara

mimpi semalam terlalu indah
kenapa mimpi itu hilang hari ini
mungkin besok mimpi itu akan menjadi kenyataan
sayang................

sepaku.net
14.8.2009

Senyuman Cintamu

biar rama-rama menari mengepak sayap
indah menabur kelip-kelip malam diufuk
cintaku bersemi dikala senja melabuh tirai
bila bebayang hilang dari pandangan
cintaku bak lava mengalir panas membakar

cintaku membara dicelah rebung dan buluh
menjadi semilu andai patah ditempa
jangan tersentuh andai takut terluka
sekali terluka sejarah indah terpadam
bak debu-debu cinta bertebaran

cintaku adalah azimat dijiwa
andai disemai dari madu dan niktar
cinta indah yang dikecap menjadi hayat
kan hidup selamanya bersama kesetian
walau jejak ada duri dan onak
cintaku akan menjadi aspal kasih kita

senyuman cintamu bukan cintaku
cintuku hanya indah bila bulan diair
terasa nikmat bila meniti jembatan masa
kadang aku terlupa
bila bayang mu masih mendakap diri
senyuman cintamu hambar.........

sepaku.net
12.8.2009

didalam kata-kata

didalam kata-kata
ada yang benar......
ada yang palsu......
matanya dapat bercerita
wajahnya ada seribu kisah
gerak tarinya lambang kehidupan.......
bukan ucapan.......
bukan bisikan.......
bukan pujukan.....

yang tersurat
dan tersirat
dalam diri
terokalah

sepaku.net
26.6.2009
PENCARIAN

dalam pencarian cinta ini
aku sesat tika bertemu
ada cinta yang ku gengam
tapi tak kelihatan
aku tahu ia ada dalam gengam ini
cinta halimunan

sudah kering tintaku
sekian lama ku coretkan
kisah silam dari kalam asmara
kian lama hikayat terpendam
bak teja dan tuah
hanya bayangan

ku cari pencarian ini
kerana ku tahu pencarian
yang ku cari hanyalah mimpi
aku pernah bertemu
tapi aku masih tidak mergerti
cinta ku kosong
tiada jasad tiada wujud
cinta halimunan

adakah noktah perncarian
ku panjatkan doa
moga jalan tak kabur berkabus
biar terang bersuluh
tika pedih mengguris
kuharap ada penawar
moga ada santun sangup menolong
membimbing tangan merentas hidup
dalam kegelapan cinta ini
biar terang jelas dimata
biar cantik berbekas dihati
kekal abadi.........

dari sepaku.net
12.9.2009