Monday, December 14, 2009

LANGKAWI

Akademik Koreksional Malaysia, Langkawi dari 7 Disemeber hingga 9 Disember 2009 Hadir Kursus Audir 5S . Kursus yang memberikan banyak manafaat terutama bagi menjalankan program Amalan Persekitaran Berkualiti 5S secara lebih intensif. Peluang yang diperolehi di pergunakan sebaik mungkin bagi menambah pengetahun dan menimba pengalaman. Audit 5S satu sistem auditan yang mementingkan kelemahan dan mencari kecacatan didalam pentadbiran, tidak diterima sebarang kesilapan kelupaan dan kecuaian didalam amalan kerja harian. Kelemahan sifar sisih susun sapu seragam sentiasa amal.......bukan satu yang mudah untuk diikuti ia merupakan sesuatu yang keperluan yang menjadi cara hidup. Amalan.

Saturday, December 5, 2009

Perjalanan 2

dalam kepayahan melangkah
melangkah setapak demi setapak
tapak aku goyah mencari haluan
di denai kehidupan yang penuh duri
walau badan calar carik dimamah onak
denai kehidupan ini pasti ku tempuh
tabah.................

Perjalanan...........................
walau terang bersuluh dihadapan
masih denai kekaburan yang di cari
walau tahu jalan mudah diredah
masih jalan berlumpur yang di tempa
retro kehidupan penuh simpang siur
penuh pancaroba suka pada legesi
supaya madah masa depan penuh lara
supaya syair masa silam menjadi
legesi syahdu senandung jiwa

Perjalanan............................
kalau di ikut jalan lurus sebaris
mata jadi kabur membiru di kaki langit
kalau di ikut jalan yang satu pasti tiada bendul
tiada alur di langkah tiada lurah di langkau

dalam perjalanan sejenak terhenti
bila lapar menerjah dikala dahaga memerit
mata jadi kabur naluri berantakan
perjalanan terhenti
perlukah aku berhenti dipertengahan bila
perjalanan masih jauh
dibalik ufuk barat...........