Monday, November 30, 2009

Hati Ku Lara

Hati ku pedih
bila ungkapan ku melukakan
taufan yang keluar dari mulutku
ku sangka hanya bayu semilir
tapi bak tsunami yang bisa meroboh istana

Tak ku sangka bait ayat yang meniti
dari lidah ini amat tajam meluka
dari sepotong ayat bisa membongkar segala
fikiran ku membedah, membelah dan merungkai
setiap dengut nadi dan setiap titik.......noktah

Tiada sepatah kata yang keluar dari mulutku
kerana tiap ucapan yang ku akan tuturkan
hanya sia-sia dan bukan untuk menyembuh
bait dari lidah ini akan merongkai setiap buruk
mendedah setiap busuk dan nanah
akan merobek setiap pekong dan kohong

Aku pasrah biar taufan ini berlalu kerana
aku tidak mahu kesan kepada jelengos
masih meraba mencari pundaknya
biar bisu ini membalut luka terburai
biar dada pecah menahan sebak
aku insan kerdil yang sedihku
hanya untuk aku
yang tangis ku hanya
untuk aku