Thursday, January 13, 2011

Lagesi janda setinggan

legesi derita
dari mimpi silam...
telah bernoktah
metro ini baru melakarkan...
seribu lagi janda yang bukan janda
bukan setinggan....
dari kondo dan apartment mewah
lakaran lukanya masih muda berdarah
zuriat tak berdosa digonggong anjing liar
bersepah disungai dan tasik

jelata tak sempat melihat noktahnya.....
"Dalam biliknya berdinding akhbar,
tingkap berkiut, lantai berlumut",
atau
dipuncak mahligai bergelar datin
bernisan marmar berkilat


http://samadsaid.wordpress.com/2010/12/19/janda-setinggan

Monday, December 6, 2010

KOLA KEDAH

Gelora di muara
kelodak di jiwa
sempit cetek berkeladak
pupus sotong dan bawal
terubuk tak bermukim
rezeki dimuara........
belat pok dah reput
nibong tak tercacak lagi

Keroh air mengalir dari hulu
angin timur tidak bertiup lagi
hanya temenung dara kelepir di jaring
bawal tambak senangin........
hanya legesi masa silam
peraih temenung termanggu
menanti dan terus menanti
di pelatar condong

kelaut berbekal cekodoq
damar dihaluan mula malap
gelora dimuara tak pernah hilang
makin keroh air
makin gelora berkocak
pukat carik guna menanguk mimpi
atau besok termenung termanggu lagi
atau besok belanak saja yang dipukat
atau besok perahu bocor terburai
atau besok perahu mengalah
dimamah selut berpali

TERATAK

dicelah lantai jarang
sejuk udara mengcengkam
dicelah kelarai buluh
tempias cahaya bulan
dipuncak bukit............
terpacak teratak usang
dipohon beringin bermandi cahaya bulan
sepoi bahasa angin menjilat tubuh
terhampar laut indah di teluk kuah


24 November 2010

Wednesday, May 5, 2010

AKU KEHILANGAN

disaat aku kehilangan
bila pedih kedukaan menerpa ditengah malam
aku masih ada dia.......
tapi aku kehilanganya
aku kehilangan ceria kerianganya
manja pedulinya

bagi aku terasa dia telah mati
dan tercegat didepanku
mestikah aku berduka dengan permergianya
adakah kesedihan ini ada pada aku
biar lara gejolak rasa
jangan dengki mendakap masa

adakah matinya hanya aku
atau mati ku hanya dia
atau mati kau dan aku
bagi ku bayangannya masih menari di mataku

adakah pedulu aku atas
permergianya yang hilang dihati
sungguh aku pasti
kehilangan ini bukan
aku saja
tapi dia juga
tapi yang terluka
dia dan dirinya

aku yakin keranda pilunya
sudah diusung pergi
aku yakin nisan rindunya
masih terpacak disitu
tetap kusiram mawar kasih
dan akan ku tabur
bunga rampai sewangi
semilir

aku masih berharap kau bangun
dari mati .....kau yang pernah
hidup
sayang

Saturday, March 6, 2010

sahabat

"JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN
DEMI SAHABAT ANDA TERSEBUT, JIKA ANDA BERMUSUHAN
DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK MENGALAH DEMI
PERSAHABATAN KALIAN."

dari sahabat ku......aku sendiri keliru adakah ia sahabat atau musuh.

Monday, December 14, 2009

LANGKAWI

Akademik Koreksional Malaysia, Langkawi dari 7 Disemeber hingga 9 Disember 2009 Hadir Kursus Audir 5S . Kursus yang memberikan banyak manafaat terutama bagi menjalankan program Amalan Persekitaran Berkualiti 5S secara lebih intensif. Peluang yang diperolehi di pergunakan sebaik mungkin bagi menambah pengetahun dan menimba pengalaman. Audit 5S satu sistem auditan yang mementingkan kelemahan dan mencari kecacatan didalam pentadbiran, tidak diterima sebarang kesilapan kelupaan dan kecuaian didalam amalan kerja harian. Kelemahan sifar sisih susun sapu seragam sentiasa amal.......bukan satu yang mudah untuk diikuti ia merupakan sesuatu yang keperluan yang menjadi cara hidup. Amalan.

Saturday, December 5, 2009

Perjalanan 2

dalam kepayahan melangkah
melangkah setapak demi setapak
tapak aku goyah mencari haluan
di denai kehidupan yang penuh duri
walau badan calar carik dimamah onak
denai kehidupan ini pasti ku tempuh
tabah.................

Perjalanan...........................
walau terang bersuluh dihadapan
masih denai kekaburan yang di cari
walau tahu jalan mudah diredah
masih jalan berlumpur yang di tempa
retro kehidupan penuh simpang siur
penuh pancaroba suka pada legesi
supaya madah masa depan penuh lara
supaya syair masa silam menjadi
legesi syahdu senandung jiwa

Perjalanan............................
kalau di ikut jalan lurus sebaris
mata jadi kabur membiru di kaki langit
kalau di ikut jalan yang satu pasti tiada bendul
tiada alur di langkah tiada lurah di langkau

dalam perjalanan sejenak terhenti
bila lapar menerjah dikala dahaga memerit
mata jadi kabur naluri berantakan
perjalanan terhenti
perlukah aku berhenti dipertengahan bila
perjalanan masih jauh
dibalik ufuk barat...........